nihonshi

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Attention nihonshi

Post  .:Leona:. on Sat 12 May 2007, 3:35 pm

Prasejarah

Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu
di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke
kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea.
Budaya Jomon timbul sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan penghasil barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan bahawa kaum Jomon merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu.
Permulaan era Yayoi
di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti
penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari
Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia.

Era Klasik

Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha
diperkenalkan ke Jepun dari Korea dan kemudian langsung dari China.
Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar
terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan shogun (gabenor tentera).
Permulaan zaman Nara pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan
sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini
Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto),
dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian.

Era zaman pertengahan

Zaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh pejuang yang dikenali sebagai 'samurai'. Pada 1185,general Minamoto no Yoritomo adalah orang pertama untuk memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang kuasa di Kamakura, di selatan Yokohama masa kini. Meskipun era shogun Kamakura kelihatan stabil, Jepun kemudiannya berpecah menjadi negeri-negeri yang saling berperang lalu menderita dalam Zaman Sengoku.
Pada abad ke-16, pedagang dan mubaligh Eropah tiba di Jepun buat julung kalinya, lalu memulakan zaman "Nanban"
("orang gasar selatan") yang melihatkan pertukaran perdagangan dan
budaya yang aktif antara Jepun dan rantau Barat. Pada masa yang sama, Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, dan Tokugawa Ieyasu,
mengenakan kawalan yang makin kuat terhadap neger-negeri berperang di
Jepun. Akhirnya, Tokugawa menyatukan semula Jepun dengan menewaskan
musuhnya di Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600, memindahkan ibu negara ke Edo (sekarang Tokyo) lalu menubuhkan era shogun Tokugawa.
Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubaligh Katolik
mengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi
perhubungan yang amat terbatas dengan saudagar Belanda di Pulau Dejima. Zaman pengasingan ini bertahan selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan politik yang halus dikenali sebagai zaman Edo, dianggap sebagai kemuncak budaya zaman pertengahan Jepun.

Zaman moden

Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja. Berbagai-bagai idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang China-Jepun dan Rusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea.
Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II. Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik.
Jepun kekal di bawah penjajahan Amerika Syarikat sehingga 1952. Dalam tempoh itu, ia menerima pakai perlembagaan baru yang menetapkan negara tersebut sebagai pacifist constitutional monarchy.
Selepas penjajahan, di bawah program pembangunan industri agresif,
dasar perlindungan, dan penyerahan pertahanan strategik kepada Amerika
Syarikat, keluaran negara kasar Jepun makin meningkat menjadi yang kedua tertinggi di dunia. Sungguhpun berlakunya kejatuhan pasaran saham yang teruk pada tahun 1989
yang mana negara ini amsih belum peulih sepenuhnya, Jepun masih sebuah
kuasa ekonomi dunia dan juga baru-baru ini telah bangkit semula sebagai
kuasa strategik dengan meminjamkan sokongan bukan kombat dalam Perang Teluk dan pencerobohan Iraq pada tahun 2003.


sumber : wikipedia.org
avatar
.:Leona:.
Chuunin
Chuunin

Female
Jumlah posting : 204
Location : can\'t be traced
Notepad : watashi oji... orewa motto aishite anata... demo, anata? anata nan aishite? watashi? iie.......
Job/Hobbies : KORUSU !!!! KOROSU !!!!
Registration date : 27.04.07

Lihat profil user http://sdkmai-tamie.blog.co.uk

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik